Salam sejahtera pada pembaca.
Alhamdullilah syukur dipanjatkan umur kita untuk bertemu di tahun 2015. Moga dikurniakan kesihatan yang lebih baik supaya dapat kita beramal dan mencari rezki di masa hadapan. Tahun 2014 meninggalkan kita penuh coret yang mendukacitakan. Kita dikejutkan dengan pelbagai khabar yang kurang menyenankan. Dari kehilangan Mh370,diikuti dengan Mh17, kemudian tanah runtuhpula Cameron Highlands dan diakhiri pula dengan kejadian banjir besar di beberapa buah negeri..sungguh menyayat hati rentetan kejadian yang berlaku.. Moga mangsa terus tabah dan bagi yang terlibat membantu syabas diucapkan. Allah menguji kita kerana dia tahu kita semua mampu mengharunginya. Marilah kita semua bersatu hati.
Alhamdullilah syukur, saya masih diberukan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezki untuk keluarga dengan membantu mereka yang memerlukan urutan ini. Tidak dinafikan saya juga turut menghadapi masalah dihahun lalu. Namun syukur kehadrat Ilahi, perkara itu dapat diatasi berkat sokongan dari kekuarga terdekat. Ramai rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan saya dan masih meruskan perkhidmatan ini.. Terima kasih pada yang percaya.
Namun tidak dinafikan ada juga yang meremeh temehkan rawatan yang diberikan. Ada yang tidak percaya pada rawatan tradisional, lebih suka rawatan moden katanya. Ada yang mengatakan kos yang tinggi," saya boleh mintak maid jiran saya urut dengan harga yang lebih murah" .. Jadi silakan.. Ada juga kerenah yang tebtukan masa untuk urutan. Maaf proses urutan untuk memulihkan perlu dilakukan dengan teliti, supaya bahagian bermasalah dapat dibetulkan, jadi jangan tentukan berapa lama anda boleh diurut. Sesungguhnya kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya hanya sebagai perantara untuk membantu. Sesungguhnya Allah yang berkuasa. Saya juga turut menerima pertanyaan samada di blog ataupun di facebook ubtuk urutan batin lelaki dsb. MAAF TIADA URUTAN BATIN DSB. Saya mencari rezki halal. Kalau yang berminat dengan urutan sedemikian silalah ke temoat yang sepatutnya.
Sekiranya tidak suka atau berminat tidak perlu diperlekehkan. Sekarang sudah zaman moden, tentu banyak cara moden. Sila pilih dan sediakan duit sahaja.
Tuesday, January 6, 2015
Tiada urutan batin
Labels:
halal,
lekeh,
remeh,
rezeki,
rezki,
tiada urutan batin,
urut,
Urutan batin,
urutan tradisional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment